Southern Livestock Nutrition (ABN 69 102 383 611)
1911 Hamilton Highway, Murgheboluc,
VIC 3221, Melbourne, AUSTRALIA

email: Dr Steve Sutherland


Lot 1479 (Unit No. 11), Muara Tabuan Light Industrial Park, Jalan Setia Raja , Muara Tabuan 93350 Kuching, Sarawak EAST MALAYSIA
Tel: +60 82 337 727 Fax: +60 82 313702

email: enquiries@b41agrotech.com.my




Copyright  2007 Bee Forty One Agrotech SB
Laporan Lengkap
Projek Fidlot di SPAD (Ladang Tiga, Miri)

Objektif - Mempamirkan Sistem Fidlot yang Mudah

Ciri ciri sistem
Rumput bassah tidak digunakan langsung - Pelepah Sawit atau batang padi sebagai bahan kunyah (roughage). Kosantrat bermutu tinggi yang murah di perbuat dari bahan tempatan. Tinja dibiarkan untuk dijadikan 'tilam' dapat mengurangkan kos pekerja dan kumpul untuk dijadikan baja.
Kami telah dapat membuktikan kecermelangan keberkesanan dari sistem ini. Pada mulanya lembu lembu begitu kurus, kadar kematian tinggi dan fidlot berbau busuk sehingga menganggu penduduk sekitaran. Dalam masa dua minggu sahaja lembu sudah selera makan, condisi meningkat dan bau hampir pupus. Dalam masa sebulan sahaja banyak lembu yang sudah sesuai untuk dijual. Kebetulan ketibaan Ibdah Korban banyak lembu lembu sudah sesuai untuk dijual. Projek ini terganggu sedikit kerana ketibaan Hari Raya Korban dimana banyak terjual tetapi diganti dengan lembu dari ladang. Yang penting di sini ialah haiwan bermutu yang tejual adalah hasil permakanan yang betul.


  
Prestasi Haiwan

Tiga tandan pelepah sawit bagi setiap lembu setiap hari dan 5.8 kg konsentrat pada pengiran tamat projek. Jumlah permakanan di tentukan oleh haiwan itu sendiri selepas di beri makan secukup (AD LIBITUM), pemantauan di buat dari lebihan makan setaip hari dimana pembetulan di lakukan setiap hari mengikut keadaan. Sistem ini memberi peluang peningkatan berat badan maksima dengan tiada pembasiran.

Purata peningkatan berat badan lembu setiap hari untuk 42 ekor adalah 1.01kg/sehari dan jika di asingkan pengiraan dari petak satu yang bermasa'alah dari lembu lembu sihat maka dari 35 ekor ketumbuhan adalah 1.33kg/sehari. Ada beberapa ekor di petak satu yang berat badan menurun 1.5kg sehari akibat 'stress'
Lembu bersantai selpas kekenyangan
Menambah bahan kunyah  dari pelepah sawit bagi meningkatkan selera makan
Lembu jantan muda pada awal projek, dan selepas 12 minggu mempamerkan kenaikan yang begitu ketara
Timbangan yang lebih tepat hanya dapat dilakukan selepas Hari Raya Korban, pada mula nya dilakukan dengan kesemua lembu tepaksa di muatkan kedalam lori yang di timbang di kilang sawit dimana purata kenaikan berat badan adalah 2kg/sehari untuk bulan pertama. Setelah ditmbang satu persatu, kesimpulannya di bagi kepada  dua komplot - lembu dewasa yng kurus, kadar kenaikan dari 1.5 kg - 2.2 kg/sehari dan yang muda dan sihat .08 - 1.2 kg/sehari. Peningkatan pada haiwan yang kurus lebih ketara kerana dapat mengisi perut yang kosong dan lembu muda lebih konsistan. Ini membuktikan peluang terbaik untuk penternak Fidlot yang dapat kosantrat bermutu tinggi dengan harga yang rendah

Akhir kata, yang penting Fidlot bertujuan menjadikan makan kepada darah daging. Nisbah perubahan makanan kepada daging kadar makanan kepada kenaikan badan keseluruhan nya adalah 6.04 (dari 41 ekor) atau 4.59 untuk 35 ekor. Ini menunjukan prestasi lebih memberansangkan dari Fidlot fidlot di Australia.




Pada asal lembu di fidlot kelihatan sakit dan kurus , berubah menjadi gemuk selepas 3 bulan pelacaran projek
Prestasi Ekonomi

Peniraan di tentukan pada Keberkesanan Pengubahan Permakanan kepada Darah Daging (Feed Conversion Efficiency).  Kos yang perlu untuk meningkatkan pada kadar 1 kg. Ramuan adalah dari pelepah sawit dan konsentrat yang berharga dibawah RM5 bagi setiap 1 kg ketumbuhan. Dan kalau diambil kira kos buruh dan infrastrutur sebagai kos pegeluaran, ditafsirkan RM 0.50 bagi setiap ketumbuhan 1 kg, sila liat di bawah:

Konsep yng penting untuk diperjelaskan ialah harga sebenar permakanan mesti di ambil kira kos bahan kering (Dry Matter). Kos Konsantrat  diberi makan ialah RM0.83/kg, dimana kadar bahan kering 88% (kandungan air 12%), maka kos sebenar ialah RM0.94 kg/bahan kering. Pelepah sawit di beri makan 5c/kg dimana kadungan bahan kering 33%, maka kos adalah 15c/kg bahan kering. Setelah mengambil kira kesemua bahan makanan (pelepah 16.4%, Konsantrat 83.6% bahan kering), maka kos sebenar adalah 81.04c /kg bahan kering. 


Pengurusan Tinja

Pada asal nya kami cadangkan untuk sistem (deep litter) dimana tinja dibiar bertimbun, untuk dijadikan seperti  'tilam' untuk lembu berbaring. Di sebabkan hanya sapertiga  dilindungi bumbung di Fidlot Ladang 3 maka apabila hujan mejadikan petak petak lecak dan kelihat kotor. Tetapi dengan membuat beberapa parit untuk laluan air dapat meyelesaikan massa'alah dan memulihkan keadaan. Walaubagaiman pun, faktor yang penting adalah lantai simen untuk keelesaan lembu yang gemar berbaring sambil bersantai selepas kenyang makan.  
Tenaga Buruh

Untuk penurusan 100 hingga 200 ekor lembu di Fidlot hanya dua buruh sepnuh masa diperlukan tetapi kami mengunakan tiga untuk projek ini. Tugasan memberi makan air, timbang dan memingah lembu jika perlu. Ini tidak termasuk mengumpul tinja dan mengambil pelepah dan ini tidak termasuk pengurus fidlot/lembu. Tenaga kerja lebih ramai di perlukan untuk mengumpul tinja tetapi diharapkan penjualan tinja dapat menampung kos upah harian mereka.

Kalau diambil kira gaji dua buruh pada RM 50/sehari, untuk mengendali 100 lembu yang kadar kenaikan (1) kg/sehari, kos buruh sama dengan RM 0.50/kg bagi setiap ketumbuhan. 

Potensi Fidlot di masa depan

Fidlot boleh di anggap pengurusan penternakan khusus ataupun gabungan perniagaan ternakan secara besar besaran yang melibatkan pembiakan dan pengemukan  selain memberi nilai ekonomi mengawal rumpai di ladang sawit. Kalau di ambil kira permintaan daging dan keupayaan kami meningkatkan produktiviti, kami mahu mecebur diri dalam perniagaan ini. Buat masa ini Fidlot di Sarawak tidak mampu menampung 1,000 ekar, tetapi kami telah kenal pasti peluang mengekspot. Fidlot juga boleh dijadikan tempat pengurusan pembiakan di Ladang, sambil meningkatkan tambah nilai kepada setiap haiwan yang dijual. Filot Ladang Tiga jika dinaik taraf mampu menampung 200-400 ekor.

Peluang pelepah Sawit di komersial  (OPF)

Kini telah tebukti (OPF) yang segar boleh di beri makan kepada lembu. Keraguan tetang bahaya lidi telah dapat ditangkis. Maka itu juka ketiadaan bahan kunyah penternak tidak perlu bimbang kerana OPF boleh mengantikan rumput segar. Boleh kah ini di komesialkan dan adakah pelepah mudah diperolehi untuk jual beli?
Kami yakin jawapan nya, BOLEH tetapi perlu dikeringkan dan bungkus. Ada syarikat yang mengeringkan, kisar dan di jadikan pelet untuk diekspot tetapi pelaburan ini menelan belanja yang tinggi. Cara yang terbailk adalah dengan cara dikeringkan, dipadatkan dan dijadikan bahan kunyah ("hay"). Permitaan pasti meningkat apabila penternak tahu manfaat nya.



Pengurusan Lembu di Ladang Sawit

Sistem intigrasi mempamerkan satu peningkatan menjadikan kawasan ragut di ladang sawit. Ini memberi peluang bagi SPAD dan semua syarikat ladang kelapa sawit  menjadikan tempat pembiakan. Walau bagaimana pun munkin ada beberapa landang yang berjaya dalam kadar kelahiran di antara 15% - 65%.  Telah tiba masa menaik taraf mutu pengurusan ladang intigrasi bagi memastikan kenaikan kadar kelahiran di setiap landang kepada tahap maksima. B41 Agrotech berkeupayaan memberi cadangan unutk konsep pengurusan projek sabegini.

Cadangan

Satelah tamat projek Filot ini kami shurkan SPAD meneruskan aktiviti Fidlot kepada 200-400 ekor dan mengunakan kawasan ini sebagai pusat bagi keseluruhan pengurusan pembiakan untuk kesemua ladang ladang. B41 Agrotech Sdn Bhd seharusnya dilantik bagi tujuan menaik tarak dan mengambil alih keseluruhan pengurusan pembiakan.

Jika SPAD ingginkan megembangkan aktiviti fidlot, penylidikan pemasaran harus dilakukan untuk memastikan permintaan daging berkualiti bagi tujuan tempatan dan ekspot.

Kami masih diperlukan bagi memastikan sistem terbaik cara mendapatkan pelepah secara konisiten untuk fidlot. Ini juga peluang terbaik untuk pelepah di komersialkan. Pengurusan tinja juga dapat manfaatkan dengan terbaik bagi tujuan sistem tenaga biogas dan biomass , dimana kaedah ini berkaitan rapat bagi tujuan pemprosesan pelepah sawit (OPF) dijadikan komoditi yang laris di pasaran.

Berikut cadangan langkah lankah yang lebih khusus untuk memastikan pencapaian matlamat luas.

Latihan untuk Pengawas (Supervisor)
Pengawas (Supervisor) SPAD's dishorkan melawat Fidlot di Australia. Ini termasuk fidlot kecil (50-250 ekor) di Victoria kepada penempatan yang lebih besar di  Queensland (1,000-20,000 ekor) bertujuan perbandingan. Beliau juga harus menjalani krusus jangka masa pendek mepelajari cara mengurangkan tekanan ke pada lembu ketika memindahkan haiwan lebih lebih lagi kedalam lori pengangkutan. Ini dapat membantu beliau reka bentuk kemudahan 'handling' 



Pemulihan kondisi Fidlot - bumbung, tempat pengurusan (handling) lembu
Untuk meningkatkan pengursan tinja, kebajikandan kebersihan lembu dan pekerja fidlot, dicadangkan bumbung di tutup penuh. Ini bai tujuan menjadikan timbunan tinja kering sesuai untuk di jaikan 'tilam' dan tidak lecak ketiak hujan. Lembu gemar berbaring dan santai dan ini dapat mempercepat kenaikan berat badan. Tinja kering apabila cukup masa (2-3 bulan) di keluarkan bagi tujuan baja, ternak cacing atau dijadikan bahan bakar.



Kami telah berjaya membuktikan pengemukan lembu di Filot SPAD. Kini tiba masa untuk menambah baik tempat, kebajiakan dan keselamat haiwan dan manusia. Pelaburan untuk yards bertujuan tidak menelam belanja yang banyak, hanya dengan megunakan batang paip berukuran 2 inci. Langkah pertama melebarkan laluan dihadapan dan belakan petak, tempat berkumpul dan lereng pengangkutan (loading ramp). Kedua, disegerakan perbaiki dan siapkan bumbung di Fidlot yang tebiar supaya memberi lebih ruang dan petak tidak terlalu penuh sessak. Fidlot kedua boleh digunakan lembu dan anak yang bukan untuk pengemukan. Di bahagian diantara dua Fidlot itu sesuai dijadikan tempat berkumpul (holding yard) bagi pengurusan lembu yang baru tiba dan pengenalan permakanan kepada lembu lembu itu. Keadaan saperti ini akan membantu pengurusan lembu di sekitar landang.
Keadaan ini lebih selesa bagi petak petak yang tidak terlalu banyak sapi, tetapi bumbung yang penuh jauh lebih baik. Selepas tamat projek, banyak tinja dapat dikumpul dengan mengunakan tenaga kerja dari ladang sawit.


co. reg no. 830187-T
Web Page Maker, create your own web pages.